Rig gaming Aston Martin ini lebih mahal berbanding Toyota GR Yaris baharu

30

Anda peminat sim racing dan mahukan rig serba lengkap yang dapat menajamkan kemahiran berlumba di alam maya?

Inilah dia Aston Martin AMR-C01-R, sebuah rig simulasi perlumbaan yang diperbuat daripada bahan gentian karbon dengan harga yang lebih mahal berbanding sebuah Toyota GR Yaris serba baharu di Malaysia.

Kokpit perlumbaan simulasi ini merupakan kesinambungan kepada penawaran terdahulu, di mana kedua-dua rig yang terdahulu dan yang terbaharu ini dihasilkan oleh Curv Racing Simulators.

Selain daripada struktur jeriji yang diinspirasikan daripada model Aston Martin, rig ini juga menawarkan posisi tempat duduk seakan yang wujud pada Aston Martin Valkyrie.

Terdapat juga skrin tunggal melengkung sebesar 49 inci dengan kadar segar 240Hz dan masa respons 1ms, dibantu dengan kad video NVIDIA RTX 5090 yang dicari-cari oleh golongan pemilik PC gaming.

Hanya 50 unit sahaja rig perlumbaan simulasi Aston Martin ini yang akan dihasilkan, dan setiap satu berharga $75,000 (RM332,888).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here