Enjin terbakar, pesawat Air Asia lakukan pendaratan cemas di KLIA 2

43

Sebuah pesawat AirAsia dari Kuala Lumpur ke Shenzhen, China melakukan pendaratan cemas akibat kebakaran enjin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 10.37 malam, Rabu.

“Seramai sembilan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat KLIA bergegas ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Tambah beliau, pihaknya mendapat maklumat bahawa pesawat Airbus A320-216 yang membawa 171 penumpang bertolak pada jam 9.59 malam, sebelum berpatah balik ke KLIA 2 kerana kebakaran enjin di bahagian kanan pesawat.

 
“Pesawat itu mengalami kerosakan pada pneumatic cutting burst,” katanya. 
 
Jelasnya, api telah dipadamkan oleh sistem Halon dalam pesawat sebelum mendarat dan bomba bertindak membantu mengeluarkan mangsa daripada pesawat dan memastikan tiada lagi punca api.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here