Jalan Gua Musang-Lojing dibuka kepada kenderaan ringan

37
Laluan di KM78, Jalan Gua Musang-Lojing berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke di Gua Musang dibuka kepada kenderaan ringan bermula semalam.
 

Sebelum ini jalan berkenaan ditutup akibat lubang benam dan pembukaan sementara itu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Jabatan Kerja Raya Gua Musang dalam kenyataan di Facebook berkata pemantauan berterusan akan dilakukan sepanjang pembukaan laluan sementara tersebut bagi memastikan keselamatan semua pengguna.

“Makluman pembukaan laluan sementara dua hala di laluan FT185 Seksyen 78.600 Jalan Lojing-Gua Musang kepada kenderaan ringan sahaja sempena musim perayaan Aidilfitri.

“Berhati-hati di jalan raya, sila rancang perjalanan anda dan patuhi papan tanda yang telah disediakan,” tulisnya.

 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here