Nahas Kluang: Tiga beranak antara yang maut

86

Tiga sekeluarga termasuk kanak-kanak perempuan antara lima terkorban dalam nahas melibatkan empat buah kenderaan di KM58.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, di Kluang, lewat malam tadi.

Dalam kejadian pada jam 11.48 malam itu, mangsa yang maut dikenalpasti ialah Nasarudin Pardi, 36, dan isterinya, Siti Khazira Bani, 35, serta anak mereka, Mariam Nasarudin, 2 yang menaiki Honda Stepwagon.

Mariam disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala ibu bapanya menghembus nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang.
 

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, dua lagi mangsa yang meninggal dunia ialah pemandu dan penumpang Proton X50. Mereka ialah Iklil Nuraudah Muhammad Redzaa, 23, dan seorang lelaki berusia 20-an.

Menurut Bahrin, kemalangan itu melibatkan sebuah treler, Proton X50, Honda Stepwagon dan Toyota Camry.

Bahrin berkata, lapan lagi mangsa mengalami kecederaan dirujuk ke HEBHK dan Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai.

Tambahnya, pemandu treler ditahan untuk siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here