
Tiga lelaki berusia 20-an ditahan kerana disyaki terlibat dalam perlumbaan haram melibatkan tiga buah Perodua Myvi, Kuala Lumpur pada Khamis.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Mohd Zamri Samion berkata, kesemua individu tersebut ditahan dalam operasi bermula pada jam 9 malam.
“Tiga kereta itu dikesan berlumba antara satu sama lain sejauh lima kilometer dari Bukit Tunggal sehingga ke bandar. Kesemua individu itu telah ditahan selain tiga kereta tersebut turut disita.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu,” katanya.
Sementara itu, Mohd Zamri berkata, pihaknya mengeluarkan sebanyak 940 saman sejak Ops dijalankan bermula 24 Mac lalu sehingga semalam.
“Selain itu, lain-lain notis sebanyak 603 telah dikeluarkan serta lapan kenderaan turut disita dalam ops dijalankan.
“Saman tersebut dikeluarkan selepas pemeriksaan dijalankan ke atas 5,544 kenderaan,” jelasnya.