Mitsuoka M55 1st Edition tampil dengan 10 warna menarik, harga RM223k di Jepun

33

Disebabkan permintaan yang sangat menggalakkan, kumpulan pertama sedan retro-moden Mitsuoka M55 Zero Edition telah pun habis terjual dalam tempoh 10 hari sahaja.

Untuk memenuhi permintaan yang masih tidak putus-putus, Mitsuoka membuat keputusan menawarkan model M55 1st Edition dengan lebih banyak opsyen penyesuaian.

Tidak seperti M55 Zero Edition, M55 1st Edition kini ditawarkan dengan 10 pilihan warna yang menarik, serta tiga pilihan gred (varian).

Pembeli juga boleh mendapatkan varian petrol dan juga hibrid yang dipadankan dengan transmisi manual enam nisbah kelajuan atau kotak gear CVT.

Biarpun nampak macam sebuah Dodge Challenger, rekaan Mitsuoka M55 sebenarnya diinspirasikan daripada Skyline generasi keempat (C110).

Namun hakikat yang sebenar, Mitsuoka M55 sebenarnya merupakan sebuah Honda Civic hatchback berdasarkan reka bentuk tingkap pada profil sisi dan rekaan papan pemuka pada ruang kabin.

Untuk model M55 1st Edition, Mitsuoka membuka tempahan kepada 250 orang pembeli sahaja, jauh lebih banyak berbanding model M55 Zero Edition yang dihadkan kepada 100 orang pembeli.

Harga jualan di Jepun bermula dari 7,568,000 yen (RM222,988).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here