JPJ buka kaunter bergerak di Masjid Putra Height

32

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuka kaunter bergerak di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra Height bermula hari ini hingga Jumaat.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata ini bagi memudahkan pemilik kenderaan yang terjejas akibat kebakaran saluran gas di Putra Height mencetak semula dokumen yang rosak atau hilang.

“Jadi dua hari berturut-turut, kami akan letakkan kaunter bergerak kami di masjid itu untuk memudahkan pemilik mencetak semula dokumen mereka terutamanya sijil kenderaan, lesen memandu dan cukai jalan, jika mereka perlu,” katanya.

Setakat tengah hari semalam, sebanyak 399 kenderaan dilaporkan rosak dalam insiden itu.

Loke berkata kerajaan juga sedang berbincang dengan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) untuk meletakkan wakil mereka di PPS berkenaan bagi memberikan khidmat nasihat kepada mangsa mengenai tindakan lanjut berhubung tuntutan insurans.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here