Selepas tiga bulan, Neta tutup pusat jualan di Singapura

37

Kurang daripada tiga bulan selepas penampilan sulungnya, jenama kenderaan elektrik (EV) China, Neta secara senyap menutup bilik pamerannya yang pertama dan satu-satunya di Singapura.

Tindakan itu menimbulkan keraguan tentang masa depan jenama berkenaan dalam pasaran.

Premis di One Commonwealth itu dikendalikan oleh Evology Automobile pada Januari lalu.

Bilik pameran itu ditutup apabila The Business Times melawat ketika waktu operasi pada hari Sabtu (5 April) dan Ahad. 

Neta Auto, yang dikenali sebagai Hozon di China berdepan masalah kewangan yang mana dilaporkan syarikat itu menghentikan pekerja dan berhutang dengan pembekal.

Terdapat laporan menyatakan sehingga 70 peratus pekerja diberhentikan dan Neta merancang melaksanakan penstrukturan semula.

Dari perspektif jualan, Neta menghadapi masalah tahun ini yang mana rekod jualan menurun sebanyak 98 peratus tahun ke tahun dan pada Februari ia menjual kurang daripada 400 kereta, menurut China EV Data Tracker.

Walaupun menghadapi kesukaran dalam negeri, Neta terus mendorong pengembangannya ke luar negara khususnya di Thailand, dengan rancangan untuk menjual lebih daripada 10,000 kenderaan. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here