
Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) memperkenalkan ‘YSuku’ versi Special Edition (SE) terbaharu dengan penampilan yang lebih garang dan eksklusif menerusi model Yamaha Y15ZR SE Bronze Fury.
Warna gangsa bukan pilihan biasa, tapi dalam Bronze Fury ia tampil menarik, sekali gus tampak berbeza berbanding warna sebelum ini.
Tidak seperti versi biasa, Y15ZR SE Bronze Fury datang lengkap dengan kelengkapan premium:
- Visor Sukan Eksklusif – bukan sekadar untuk rupa, tapi juga membantu dari segi aerodinamik dan perlindungan angin.
- Yamaha Premium Basket dengan USB Type-C – praktikaliti bertemu inovasi; cas telefon terus sambil bergerak, tanpa perlu ubah suai sendiri.
Dari segi mekanikalnya, ia masih menggunakan rangkaian kuasa yang sama membabitkan enjin 150cc, SOHC, Sejukan Cecair dengan menyalurkan 15hp pada 8,500rpm serta tork setinggi 13.8Nm tork pada 7,000rpm
Sebagai tambahan, bakal pemiliknya bakal menerima hadiah keselamatan bernilai RM100 iaitu Yamaha Safety Disc Lock secara percuma.
Jentera itu akan berada pengedar sah Yamaha di seluruh Malaysia pada 7 April ini dengan harga bermula RM9,498 tidak termasuk insurans dan pendaftaran.