
Honda Malaysia mengumumkan pelantikan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif baru, Narushi Yazaki berkuatkuasa 1 April 2025.
Dalam kenyataannya, Honda Malaysia berkata beliau menggantikan Hironobu Yoshimura, yang telah menerajui syarikat sejak tiga tahun lalu.
Yazaki memiliki pengalaman lebih 25 tahun bersama Honda yang mana sebelum ini memimpin jenama berkenaan di beberapa negara termasuk Jepun, Thailand dan Amerika Syarikat.
Sebelum ini, Yazaki berkhidmat sebagai Operasi Pentadbiran Korporat di Honda Motor Co. Ltd. Tokyo, Jepun.
“Saya berbesar hati untuk memikul tanggungjawab ini di Honda Malaysia, pasaran yang terkenal dengan pertumbuhan dinamik dan sumbangan pentingnya kepada jenama Honda di rantau Asia dan Oceania.
“Saya berhasrat untuk membina asas kukuh yang ditetapkan pendahulu saya dan terus memacu pertumbuhan dan kejayaan Honda Malaysia dalam pasaran yang berkembang pesat ini,” katanya.