JPJ jual baki nombor plat FB, FC, FD, FE dan MALAYSIA

11

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia akan menjual baki nombor pendaftaran kenderaan siri Putrajaya (FB, FC, FD, FE dan MALAYSIA) melalui portal MySikap bermula 8 April.

Pelanggan hanya perlu log masuk ke portal MySikap kemudian memilih menu ‘kenderaan’ dan tekan menu ‘tempahan nombor kenderaan’. 

Selepas itu, pelanggan boleh memilih kategori siri ‘Nombor Pendaftaran Istimewa’ dan memilih ‘Siri dan Nombor’ di ruangan bawah.

Sebelum membuat pembayaran, pelanggan pilih nombor yang diinginkan namun  harga nombor plat tersebut tidak dinyatakan.

Bidaan nombor plat FB dibuka pada 2018 yang lalu dengan harga paling mahal bagi siri ini ialah FB 1 iaitu RM660,000.

Nombor plat istimewa Putrajaya hanya diperkenalkan setahun sekali yang mana FC dikeluarkan pada 2019 dan FD dilancarkan pada 2021 susulan pandemik Covid. 

ARTIKEL LAIN

Kantoi guna nombor plat isteri, elak Toyota Alphard disita

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here