HLYM perkenal tiga warna baharu Y16ZR, harga RM11,398

104

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan pilihan warna baharu bagi Y16ZR ABS (2025)  menerusi Fiery Red, Desert Steel dan Emerald Pearl.

Sudahpun berada di pusat jualan bermula hari ini, moped itu dijual pada harga RM11,398 seunit. Setiap pembelian akan diberikan kunci keselamatan Yamaha bernilai RM100. 

Mekanikal masih sama yang mana moped itu menggunakan enjin 155cc SOHC  (VVA) berkuasa 17.7hp dan tork 14.4Nm bersama kotak gear 6-kelajuan. 

Ia juga didatangkan dengan sistem Assist dan Slipper Clutch yang membantu mengurangkan beban tahap klac, membolehkan kemudahan menukar gear semasa penukaran ke bawah.

GALERI 

FIERY RED

DESERT STEEL 

EMERALD PEARL

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here