VIDEO: CEO Koenigsegg pandu Toyota GR Yaris ke tempat kerja

435

Siapa sangka Christian von Koenigsegg, seorang pemilik syarikat kereta hiper berteknologi tinggi itu memandu sebuah kereta kecil untuk bergerak ke tempat kerja.

Namun, kereta kecil yang dimaksudkan itu bukanlah sebuah hatchback yang biasa-biasa, sebaliknya ia merupakan sebuah Toyota GR Yaris!

Dalam hantaran di laman Instagram, Christian menunjukkan rakaman dirinya memandu sendiri sebuah Toyota GR Yaris menuju ke kilang Koenigsegg.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Christian von Koenigsegg (@heycvk)

GR Yaris yang dipandu oleh Christian itu merupakan versi facelift berdasarkan reka bentuk papan pemuka yang agak olskool, serta lampu belakang yang diperbaharui.

Hot hatch tersebut dikuasakan oleh enjin tiga silinder sebaris 1.6 liter turbo berkuasa 300 hp dan 400 Nm, dipadankan dengan transmisi manual enam nisbah kelajuan.

Hantaran Christian di laman Instagram itu turut menyebabkan seorang jurugambar automotif terkenal Larry Chen meletakkan komen, “Saya cemburu.”

Seorang pengguna Instagram earl.karanja sempat berseloroh dalam ruang komen, “Bolehkah kami masukkan enjin tiga silinder Gemera ke dalam kereta ini? 😂

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here