Paip pecah punca jalan berlubang di Sri Gombak

46

Kejadian jalan berlubang di Lebuh Utama Sri Gombak, Gombak bukan disebabkan mendapan tanah, sebaliknya berpunca akibat paip pecah.

Air Selangor mengesahkan perkara itu dengan memaklumkan bahawa kerja pembaikan sedang dijalankan.

Menurutnya, Air Selangor menerima laporan berhubung kejadian kira-kira jam 2 petang semalam.

“Antara kawasan yang terjejas ialah Taman Sri Gombak, Kampung Melayu Sri Gombak, Pinggiran Batu Caves, Taman Gemilang, Astana Gemilang dan Desa Indah.

“Kerja pembaikan dijangka selesai sekitar pukul 3 petang hari ini,” katanya.

Terdahulu, tular beberapa klip video di media sosial memaparkan jalan berlubang di Bukit Sri Gombak yang didakwa berpunca daripada mendapan tanah.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here