Utama Berita Automotif Honda CR-V Dream Pod – SUV kembara lengkap dengan tempat tidur!

Honda CR-V Dream Pod – SUV kembara lengkap dengan tempat tidur!

82
CR-V Dream Pod Concept

Honda CR-V bermula sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) yang membawa gaya urban dan utilitarian.

Di antara keunikan CR-V generasi pertama dan kedua ialah penutup ruang tayar ganti yang boleh dijadikan meja untuk piknik dan sebagainya.

CR-V atau Compact Runabout Vehicle membina legasi sejak diperkenalkan pada 1995 dan mempunyai ramai peminat di serata dunia.

Tidak salah untuk dikatakan CR-V juga menjadi idaman ramai dan satu yang menarik kerana model ini bukan kereta sport atau berprestasi yang biasanya menjadi objek impian.

CR-V Dream Pod Concept

Pengguna tempatan dapat menikmati CR-V generasi pertama sehingga sekarang dan bermula dari generasi kedua dipasang di Pegoh, Melaka.

Kekuatan CR-V terus terbukti di kala teman seangkatan iaitu Accord tidak lagi ditawarkan di pasaran tempatan.

CR-V kini berada di dalam generasi generasi keenam dan merupakan SUV ketiga paling laris di dunia pada tahun 2024.

Ini pula satu projek istimewa sempena sambutan 30 tahun CR-V.

CR-V Dream Pod Concept

Menggunakan CR-V PHEV, SUV ini dijadikan kenderaan kembara dan diberi nama Dream Pod.

Diinspirasikan hotel kapsul di Jepun, CR-V Dream pod dilengkapi tempat tidur, peralatan berkhemah, aksesori Honda dan beberapa lagi ciri menarik.

CR-V PHEV boleh dipandu sejauh 79 kilometer (km) dalam mod EV dan mempunyai jarak kelegaan bumi 159 milimeter (mm) selain mod kawalan cengkaman canggih.

Gabungan mod pemanduan sifar emisi dan ciri-ciri lain sesuai untuk merentasi pelbagai permukaan bumi semasa mengembara.

CR-V Dream Pod Concept

EGOE Nestboard 650 dimuatkan dalam ruang but CR-V berkapasiti 617 liter.

Apabila tempat duduk belakang dilipat rata, tilam berkembar dalam unit ini boleh dibuka dengan mudah untuk ruang tidur dua orang dewasa.

Turut dilengkapi laci yang boleh ditarik keluar untuk dapur memasak, sinki boleh lipat serta ruang simpanan bagi peralatan memasak, sudu garpu dan pinggan.

Bahagian dalaman Dream Pod juga dilengkapi lampu bacaan LED, meja sisi boleh tarik dan soket pengecas USB.

CR-V Dream Pod Concept

Penutup yang direka khas untuk tingkap belakang bersama bidai boleh tarik di belakang kerusi depan meningkatkan privasi untuk suasana tenang dan tidur yang selesa.

CR-V Dream Pod turut dilengkapi Aksesori Honda. Di bahagian belakang CR-V, terdapat palang tunda yang boleh ditanggalkan.

Pengguna boleh memasang pembawa basikal Thule yang diperakui oleh Honda.

Palang ini juga membolehkan CR-V PHEV menunda beban sehingga 1,500 kilogram (kg).

CR-V Dream Pod Concept

Di bahagian dalam, alas lantai getah yang direka khas membantu mengekalkan kebersihan kabin selepas meneroka kawasan berlumpur.

Pelapik ambang pintu bercahaya menambah tarikan pada waktu malam.

Salah seorang yang pertama merasai keunikan CR-V Dream Pod ialah astrofotografer terkenal, Benjamin Barakat.

CR-V Dream Pod Concept

Beliau menjelajah ke Banjaran Alps di Itali untuk merakamkan imej menakjubkan langit malam.

Selepas menemui lokasi sesuai, beliau merakam gambar indah seperti Nebula Orion dan gugusan Pleiades menggunakan teknik rakam selang masa.

Walaupun jauh dari rumah, keselesaan Dream Pod memberi keyakinan kepada Benjamin untuk meneroka lokasi terpencil demi merakam keindahan angkasa.

CR-V Dream Pod Concept

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here