Jetour Malaysia lancar model pertamanya: Jetour Dashing harga bermula RM109,800

68

Jetour Malaysia memperkenalkan SUV baharu menerusi Dashing dengan menggabungkan reka bentuk canggih dan penampilan yang menarik.

Jika pasaran global, Jetour ini adalah satu daripada kenderaan jenama di bawah kumpulan Chery. Dalam masa tujuh tahun, jenama itu sudah menjual 1.62 juta kenderaan pada peringkat global.

Namun di Malaysia, ia dikendalikan oleh Jetour Autombile Malaysia yang membawa masuk SUV yang segmen D dengan kapasiti lima tempat duduk, selain menampilkan reka bentuk 3D coupe fastback.

Bagi ukurannya, ia memiliki ia panjang 4,590mm, lebar 1,900mm dan tinggi 1,685mm menjadi  pilihan yang terbaik dalam segmennya. 

Reka bentuknya yang dinamik menghasilkan lengkungan elegan seperti yang dinampakkan pada sport saloon, sambil mengekalkan keserbagunaan kenderaan SUV.

Elemen yang istimewa untuk Jetour Dashing membabitkan:

  • Pemegang sensor pintar tersembunyi yang akan dipanjangkan secara automatik apabila kunci pintar menghampirinya, mengurangkan bunyi angin dan rintangan sambil menambahkan keanggunan teknologi. 
  • Lampu utama LED matriks terpisah menyediakan pencahayaan yang akan diaktifkan secara automatik 100-meter sebelum sampai ke pintu masuk terowong dengan empat tahap ketinggian boleh laras dan fungsi ‘follow-me-home’.
  • Lampu nyalaan siang menampilkan reka bentuk unik ‘Mecha-Eyes’, sementara lampu belakang menggabungkan reka bentuk bendera perlumbaan untuk meningkatkan karakter sporty kenderaan tersebut. 
  • Dashing dipasang dengan hub roda 19 inci yang termaju untuk meningkatkan cengkaman dan kestabilan yang membolehkan pengendalian mantap di pelbagai jenis permukaan.
  • Sunroof panoramik 75 inci yang luas mencipta pengalaman kabin yang terbuka dan lapang di mana ia dapat menghubungkan penumpang dengan dunia di sekeliling mereka sambil mengekalkan privasi dan keselesaan.

Untuk bahagian dalaman, Dashing menawarkan dua kombinasi warna dalaman iaitu off-white atau hitam dan merah. 

Reka bentuk kabin tanpa bonggol di bahagian tengah kerusi belakang berfungsi meningkatkan keselesaan bagi semua penumpang. 

Ruang but dapat menampung barang dalam kuantiti yang banyak, sesuai untuk peralatan pengembaraan seperti khemah dan peralatan BBQ.

JETOUR melengkapkan Dashing dengan teknologi arahan suara pintar yang membolehkan kawalan intuitif untuk tingkap, penyaman udara, navigasi, dan muzik mengikut kedudukan dalam kenderaan. Ia memiliki skrin berkembar yang bersaiz 10.25 inci untuk infotaimen atau meter kluster.

Ciri-ciri keselesaan tambahan termasuk sistem penapisan udara tahap CN95 yang memastikan kualiti udara kabin yang bersih, pencahayaan ambien yang boleh disesuaikan pada tahap trim yang lebih tinggi, serta saluran udara belakang yang diletakkan secara strategik untuk kawalan suhu yang konsisten di seluruh kabin.

Pintu belakang (tailgate) elektrik menawarkan pelarasan ketinggian yang boleh diprogram melalui skrin pusat untuk disesuaikan mengikut keperluan pemandu.

Ciri ketersambungan merangkumi pengecasan peranti tanpa wayar dan integrasi lancar dengan Apple CarPlay dan Android Auto.

Rangkaian kuasanya pula, ia dipadankan dengan enjin turbo 1.5 liter yang menyalurkan 156ps pada 5,500rpm dan torl setinggi 230Nm pada 1,750 sehingga 4,000rpm.

Kuasa itu disalurkan ke transmisi 6DCT yang turut mempunyai dua mod pemanduan membabitkan ECO dan Sport.

Pakej keselamatan pula ia memiliki

  • Pengesanan titik buta menggunakan radar gelombang milimeter yang diaktifkan pada kelajuan melebihi 15 km/j.
  • Amaran pertukaran lorong yang memberikan isyarat visual dan bunyi apabila terdapat risiko perlanggaran.
  • Amaran lintasan trafik belakang untuk meningkatkan keselamatan semasa mengundur.
  • Amaran pintu terbuka yang memberi peringatan kepada penumpang mengenai kenderaan yang menghampiri ketika keluar dari SUV.

Dashing dikuasakan oleh enjin turbo 1.5 liter yang canggih, menghasilkan 156ps (115kw) kuasa kuda dan 230Nm tork, untuk pecutan responsif serta prestasi yang meyakinkan di lebuh raya.  

JETOUR Dashing ditawarkan dua varian membabitkan:

  • Jetour Dashing Comfort: RM109,800
  • Jetour Dashing Prime: RM116,800

Dashing akan ditawarkan dalam lima warna luaran menerusi:

  • Carbon Black
  • Khaki White
  • Aurora Green
  • Phantom Grey
  • Hematite Red

Ruang dalaman pula mempunyai dua pilihan membabitkan dwi-tona dalam gabungan warna terang dan gelap dengan sentuhan jahitan serta kemasan merah.

Waranti sehingga 10 tahun

Bagi memberi ketenangan minda, model berkenaan ditawarkan dengan waranti tujuh tahun atau 150,000km bagi kenderaan, manakala enjin adalah 10 tahun atau 1 juta kilometer, selain lima kali servis percuma.

Galeri Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here