
Nasib malang menimpa seorang lelaki apabila kereta jenis BMW 3 Series yang dipandunya terhumban daripada sebuah jejambat yang belum siap setinggi 12 meter, lapor Kosmo!.
Rudie Heru Komandono, 61 tahun dikatakan keliru setelah melihat paparan aplikasi sistem pemetaan Google Maps ketika sedang menuju ke rumah rakannya di Gresik, wilayah Jawa Timur, Indonesia.
Ketika kejadian tersebut berlaku, Rudie dan teman wanitanya, Endang Sri Wahyuni, 47 hanya mengalami kecederaan ringan walaupun kereta tersebut terjatuh dari jejambat tersebut.
Mujur semasa melakukan pendaratan, kereta BMW tersebut tidak melanggar kenderaan lain walaupun jalan tersebut dilihat agak sibuk.
View this post on Instagram
“Saya cuba mengikuti panduan Sistem Kedudukan Global (GPS) pada telefon saya tetapi ia mengelirukan,” kata Rudie selepas keretanya rosak teruk pada bahagian depan.
Ketua Unit Penguatkuasaan Undang-undang Unit Trafik Polis Gresik, Inspektor Aswoko berkata: “Pemandu kereta itu terlalu fokus melihat Google Maps.”
“Dia tidak sedar melepasi penghadang yang menghalang akses ke jalan belum siap.
“Pemandu dan penumpang dirawat di hospital dan tidak mengalami kecederaan serius. Mereka telah dibenarkan pulang,” katanya.
Rudie pula berkata, rakan wanitanya serik menaiki kereta bersamanya lagi susulan kejadian tersebut.