Ducati Desmo450 MX – Motocross pertama dari Ducati!

43

Biasanya Ducati dikenali dengan Panigale atau Multistrada, tetapi kali ini mereka membawa sesuatu yang sama sekali berbeza.

Ducati secara rasmi memperkenalkan Desmo450 MX, motosikal motocross pertama dalam sejarah syarikat dari Borgo Panigale ini.

Motosikal ini dibangunkan berlandaskan falsafah Ducati yang sentiasa menguji penyelesaian baru dalam perlumbaan sebelum menawarkannya kepada pengguna.

Melalui kajian mendalam terhadap pasaran, pesaing dan peraturan FIM/AMA, terhasillah Desmo450 MX yang ringan (hanya 104.8kg tanpa minyak) dengan enjin Desmodromic berprestasi tinggi dan sistem elektronik canggih.

Desmo450 MX mampu meningkatkan kemahiran menunggang sama ada profesional atau amatur sambil memberikan keyakinan untuk meningkatkan had kemampuan penunggang.

Desmo450 MX merupakan model pertama dalam rangkaian motosikal off-road khusus Ducati yang direka untuk membawa syarikat ke pasaran baru dan mengembangkan komuniti Ducatisti.

Enjin 449.6 cc Silinder Tunggal dengan Kawalan Desmodromic

Rekaan Desmo450 MX bermula dari enjin berteknologi Desmodromic yang juga digunakan dalam MotoGP.

Ciri ini membolehkan enjin beroperasi pada RPM sangat tinggi, meningkatkan peluang untuk terawal keluar dari selekoh pertama (holeshot),

Desmo450 MX menawarkan keluk tork yang kuat pada RPM rendah dengan 70 peratus daya kilas maksimum tersedia pada 4,200 rpm.

Sistem penyejukan menggunakan radiator berbentuk rombus (berlian) yang meningkatkan permukaan penyejukan sebanyak 6.5 peratus berbanding rekaan tradisional.

Prestasi Enjin:

  • Kuasa maksimum: 63.5 hp @ 9,400 rpm
  • Tork maksimum: 53.5 Nm @ 7,500 rpm
  • Had RPM: 11,900 rpm (tertinggi dalam kategori)

Rangka

Rangka perimeter aluminium seberat 8.96 kg terdiri daripada hanya 11 komponen (separuh daripada pesaing) dengan bahagian hadapan sebagai satu elemen tuangan.

Rekaan kompak ini memastikan ergonomik terbaik dan penyelenggaraan mudah.

Suspensi & Brek

  • Suspensi Showa dengan lapisan Kashima Coating
  • Fork 49mm terbalik, jarak naik-turun 310 mm
  • Penyerap hentak boleh laras penuh, jarak naik-turun 301 mm
  • Sistem brek Brembo dengan cakera Galfer 260mm (depan) & 240mm (belakang)

Elektronik

Sistem Kawalan Cengkaman Ducati (DTC) menawarkan empat tahap intervensi, dilengkapi dengan Kawalan Mula, Kawalan Brek Enjin dan Penukar Cepat.

Dua Mod Tungganan boleh ditetapkan melalui X-Link App.

Tayar & Roda:

  • Tayar Depan: Pirelli Scorpion MX32 Mid-Soft 80/100-21″

  • Tayar Belakang: Pirelli Scorpion MX32 Mid-Soft 110/90-19″

  • Rim: Takasago Excel aluminium dengan lidi Alpina

  • Saiz Rim: 21″ x 1.60″ (depan), 19″ x 2.15″ (belakang)

  • Rantai DID

Penyelenggaraan

  • Penggantian omboh: setiap 45 jam
  • Pemeriksaan pelepasan injap: setiap 45 jam
  • Baik pulih enjin: setiap 90 jam

Aksesori

  • Sistem ekzos Akrapovič titanium
  • Angkup brek Brembo Racing
  • Pakaian lumba kolaborasi dengan Drudi Performance

Ducati Desmo450 MX ditawarkan dalam warna Ducati Red dan akan tiba di Eropah bermula Jun dan seterusnya di Amerika Syarikat dan seluruh dunia.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here