“Saya ada lesen memandu yang sah dan bukan ‘content creator,” warga China pemilik Aventador

247

Pemilik Lamborghini Aventador yang tular tampil memberi penjelasan bahawa memiliki lesen memandu yang sah.

Warga China, Deng Sheng berusia 28 tahun itu berkata laporan media tempatan adalah tidak benar yang mana supercar miliknya tidak disita.

“Saya tak ditahan pun. Saya ada lesen memandu, Lamborghini juga tidak disita.

“Mereka mengatakan saya telah ditahan dan bahawa kereta Lamborghini saya telah disita oleh JPJ kerana saya tidak mempunyai lesen memandu. Ini tidak benar,” katanya. 

Deng Sheng juga menegaskan mempunyai lesen memandu antarabangsa yang sah, namun ketika melalui sekatan berkenaan, dia tidak dapat mengemukakan lesen tersebut.

Susulan itu, pemuda berkenaan dikenakan saman kerana tidak membawa permit berkenaan dan dibenarkan meneruskan perjalanan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Tambahnya, pegawai JPJ tersebut juga bersikap mesra dan profesional sepanjang masa.

“Malangnya, berita palsu ini telah menimbulkan banyak masalah kepada saya. Ia telah menjejaskan reputasi, perniagaan dan kehidupan peribadi saya.

“Ramai orang menghubungi saya tanpa henti untuk bertanyakan tentang perkara ini. Beberapa media juga secara salah menggelarkan saya sebagai ‘influencer’ media sosial, sedangkan saya bukan.

“Oleh itu, saya berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang telah mencemarkan nama dan reputasi saya,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here