Volvo EX90 rasmi lancar, harga RM442,888

31

Volvo Car Malaysia (VCM) rasmi melancarkan EX90 ke pasaran tempatan menerusi satu pilihan varian Ultra Twin pada harga RM442,888.

SUV tujuh tempat duduk elektrik yang pertama dari Volvo itu merupakan unit import (CBU) dari China namun VMC mengesahkan versi pemasangan tempatan (CKD) akan bermula tahun ini.

Berdiri di atas platform SPA2 Volvo, EX90 hadir dengan perisian Performance AWD yang menjana kuasa maksimum 517hp dan tork 910Nm. Pecutan 0-100kmj dicapai dalam tempoh 4.9 saat dengan kelajuan maksimum 180kmj. 

EX90 dikuasakan oleh bateri 111kWh berteknologi lithium-ion NMC, dengan kapasiti boleh guna 107kWh.

Pengecasan pantas DC (CCS2) maksimum 250kW membolehkan isian bateri dari 10 ke 80 peratus dalam masa 30 minit dan kapasiti bateri penuh menawarkan jarak pemanduan 623km (WLTP).

Berikut informasi ringkas tentang kereta elektrik EX90 :

  • EX90 didatangkan dengan bumbung panoramik, Pilot Assist dengan kawalan kruise adaptif, kamera 360 darjah dengan pandangan 3D, pintu but kuasa elektrik, tempat duduk barisan ketiga yang boleh dilipat dan sistem pendingin hawa empat-zon.

  • SUV itu menggunakan papan pemuka minimalis tanpa punat kawalan. Skrin sentuh 14.5 inci yang besar dalam orientasi potret berfungsi sebagai paparan untuk sistem infotainmen dengan Google binaan dalam.

  • Ia juga mempunyai akses kepada perkhidmatan seperti Google Assistant, peta dan Play Store tanpa perlu mengeluarkan telefon.
  • Turut tersedia, kluster instrumen digital 9-inci dan butang kawalan sentuh pada stereng serta tombol dial pada konsol tengah untuk kawalan media asas.
  • Varian Ultra untuk pasaran tempatan menampilkan casis aktif dengan suspensi udara, fungsi urut dan sokongan sisi tempat duduk barisan pertama, pintu berkuasa dan fungsi tutup lembut serta rim Aero lapan jejari bersaiz 21 inci.
  • Ciri peralatan standard EX90 termasuk sistem audio Bowers and Wilkins dengan 25 pembesar suara, paparan head-up, ketersambungan Apple CarPlay tanpa wayar, Digital Key Plus, kad kunci, sistem pemantauan angin tayar dan pemanduan satu pedal.

  • Volvo EX90 merupakan model pertama yang dilengkapi dengan pencahayaan dalaman SunLike menggunakan teknologi LED tanpa kelipan yang meniru cahaya matahari semula jadi.
  • Bentangan kerusi adalah 2+2+3 bersama saiz but 310 liter dan lipatan kerusi belakang menawarkan tambahan ruangan simpanan barang sebesar 655 liter.
  • Lampu depan definisi tinggi menampilkan 1.3 juta piksel untuk setiap modul. Teknologi lampu tinggi aktif membolehkan pemandu mengekalkan lampu tinggi tanpa menyilaukan pengguna jalan lain. 

  • Sistem keselamatan bantuan pemandu antaranya collision avoidance and mitigation, oncoming mitigation by braking, steering avoidance (pejalan kaki, penunggang basikal dan skuter), rear collision warning and avoidance, intersection auto brake, blind spot monitoring with steer assist, lane keeping assist, run-off road mitigation, oncoming lane mitigation, rear cross traffic alert with low-speed auto brake, door opening alert, driver monitoring dan emergency stop assist.

Volvo EX90 didatangkan dengan pakej perkhidmatan digital lima tahun, bantuan tepi jalan 24 jam, serta jaminan kenderaan tanpa had jarak perjalanan. Untuk ketenangan minda pengguna, bateri voltan tinggi dijamin selama lapan tahun.

Bagi 50 pelanggan pertama akan menerima baucar pengecas dinding dan pengadang matahari panoramik bernilai RM5,000 secara percuma. 




 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here