JPJ buka bidaan nombor plat siri VIPS

72
Kementerian Pengangkutan Malaysia melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia menawarkan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Siri VIPS secara bidaan dalam talian melalui Sistem JPJeBid.
 
VIPS membawa maksud “Visit Impressive Perlis State” bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Pemerintahan Ke-25 Jubli Perak Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Raja Perlis.
 
Menurut kenyataan media, pengenalan NPI VIPS ini juga sebagai salah satu inisiatif Kerajaan untuk mempromosikan Tahun Melawat Perlis 2024-2025.
 
NPI Siri VIPS akan mula dibuka untuk bidaan kepada orang awam pada :
  • Tarikh buka : 11 April 2025 (Jumaat)
  • Tarikh tutup : 15 April 2025 (Selasa) – 10.00 malam
  • Tarikh keputusan: 16 April 2025 (Rabu) dalam tempoh 24 jam

Harga bidaan dalam JPJeBid adalah mengikut harga minima yang ditetapkan seperti berikut:

  • Nombor Utama : RM20,000
  • Nombor Premium : RM5,000
  • Nombor Menarik : RM2,500
  • Nombor Popular : RM500
  • Nombor Semasa : RM300
 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here