Tiada lesen memandu sah, polis rampas Audi RSQ8 milik pemain Chelsea

31

Pihak berkuasa menahan pemain bola sepak termahal Britain, Moises Caicedo dan mendapati memandu tanpa lesen yang sah.

Pemain tengah Chelsea berusia 23 tahun itu ditahan dalam Audi RSQ8 miliknya pada Jumaat lalu berhampiran lokasi latihan kelab itu di Cobham, Surrey.

Moises Caicedo

Polis kini menjalankan pemeriksaan lanjut untuk memastikan Caicedo memiliki insurans yang sah dan bakal berdepan saman mahkamah kerana memandu secara haram di United Kingdom (UK)

“Seorang lelaki berusia 20-an dari Cobham telah ditahan oleh pegawai di Fairmile Lane di Cobham pada 4 April dan didapati memandu tanpa lesen

“Kenderaan itu telah dirampas, dan kami sedang jalankan siasatan,” kata jurucakap Polis Surrey.

Audi RSQ8

Pemandu yang mempunyai lesen memandu antarabangsa boleh menggunakannya di Britain selama 12 bulan tetapi perlu memohon lesen sementara UK dan lulus ujian memandu praktikal.

Caicedo kerap dilihat memandu di Britain sejak menandatangani kontrak dengan Brighton pada 2021.

Ejen Caicedo, Manuel Sierra Camacho memberitahu enggan mengeluarkan komen dan menyatakan ia merupakan isu peribadi. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here