UMWT catat jualan memberangsangkan pada Mac, serah 7,929 kenderaan

16

UMW Toyota Motor (UMWT) mencatatkan prestasi jualan yang memberangsangkan pada Mac, mencerminkan permintaan yang berterusan terhadap kenderaan Toyota di pasaran tempatan.

Syarikat itu menyerahkan sejumlah 7,929 unit pada bulan lalu, menjadikan jumlah kumulatif suku pertama tahun ini kepada 19,944 unit.

Pencapaian itu menggambarkan komitmen UMWT dalam menyediakan penyelesaian mobiliti yang boleh dipercayai dan inovatif bagi memenuhi keperluan pelanggan masa kini.

Datuk Ravindran K, Presiden UMW Toyota Motor berkata, dengan pertumbuhan permintaan yang terus meningkat, pihaknya kekal fokus dalam menawarkan penyelesaian mobiliti yang berpaksikan masa depan dan memenuhi keperluan pelanggan di Malaysia.

“Teknologi hibrid kini menjadi tunjang utama dalam strategi pelbagai hala UMWT ke arah masa depan karbon neutral.

Pendekatan ini menitikberatkan keseimbangan antara prestasi dinamik, kecekapan penggunaan bahan api dan aksesibiliti untuk semua pelanggan kami” katanya.

Promosi Bulan April: “A Festive Homecoming”

Sempena kemeriahan Hari Raya, UMWT menawarkan promosi sehingga RM9,500 dan pilihan pembiayaan fleksibel serendah RM658.

Tidak ketinggalan, melalui program With the Service, penjagaan kenderaan menjadi lebih mudah dan mampu milik dengan pelan bermula serendah RM33 sebulan.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pelbagai tawaran istimewa musim perayaan ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here