Rekod dunia: Motosikal elektrik ini cecah 311 km untuk sekali cas penuh

22

Syarikat motosikal elektrik Verge Motorcycles mencipta rekod baharu Guinness World Record dalam kategori jarak tunggangan yang paling jauh untuk sekali cas penuh.

Dalam cubaan yang dibuat pada 22 Mac lalu di London, sebuah motosikal elektrik Verge TS Pro mencatatkan jarak tunggangan sejauh 311 km di dalam keadaan jalan raya yang sebenar.

Dua orang pempengaruh EV terkemuka, Sam Clarke dan Sara Sloman telah diupah oleh syarikat tersebut untuk menunggang motosikal elektrik itu di sekitar bandar London.

Menurut Verge, dalam cubaan yang dibuat tempoh hari, kedua-dua orang penunggang itu perlu menempuh situasi trafik yang wujud di bandar-bandar besar termasuklah lintasan zebra, persimpangan lampu isyarat serta kesesakan trafik.

Di akhir perjalanan sejauh 311 km itu, bateri Verge TS Pro masih lagi berbaki 7 peratus.

Verge TS Pro dikuasakan oleh motor elektrik 136.7 hp dan 1,000 Nm, membolehkan pecutan 0-96 km/j dalam masa 3.6 saat.

Pek bateri boleh dicas pantas 10-80 peratus dalam masa 35 minit, dan membenarkan jarak tunggangan sejauh 200 km untuk laluan lebuh raya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here