
GWM Malaysia memperluaskan barisan kenderaan SUV dengan membuka tempahan GWM TANK 500 HEV untuk pasaran tempatan.
Ia menyusuli kejayaan GWM TANK 300 dengan menjanjikan gabungan pengembaraan, kemewahan dan teknologi canggih yang tiada tandingan. SUV itu direka khas untuk meningkatkan pengalaman setiap perjalanan.
GWM TANK 500 HEV menampilkan rangkaian kuasa yang mengagumkan dan efisien, menggabungkan prestasi dengan inovasi secara lancar, selain memiliki keupayaan off-road yang tiada tandigan.
GWM TANK merupakan jenama off-road China nombor 1 di peringkat antarabangsa, kini membawa dominasi globalnya ke Malaysia selepas mencatatkan jualan kumulatif melebihi 600,000 unit dan mengekalkan gelaran SUV off road paling laris di China selama 52 bulan berturut-turut dengan bahagian pasaran melebihi 50 peratus.
SUV off road mewah dengan 7 tempat duduk itu menggabungkan rekaan moden dengan keupayaan off-road yang canggih.
Memiliki dimensi luaran:
- Panjang: 5078 mm
- Lebar: 1934 mm
- Tinggi: 1905 mm
- Jarak Roda: 2850 mm
Menggunakan enjin hibrid empat silinder turbo 2.0 liter bersama transmisi automatik hibrid 9-kelajuan. GWM TANK 500 HEV menjana kuasa gabungan sebanyak 346PS dan 648 Nm tork.
Dengan Sistem Pintar semua jenis permukaan yang merangkumi 11 mod pemanduan, TANK Turn dan Kawalan Pelayaran Off-road, ia mampu mengharungi pelbagai jenis permukaan dengan mudah.
Tambahan pula, sistem 4WD pintar dengan M-Lock, casis lutsinar dan bantuan pemanduan L2+ menjadikan ia SUV hibrid mewah yang unggul.
Di bahagian dalaman, ciri-ciri premium menjadi tumpuan utama dengan tempat duduk kulit NAPPA, sistem audio Infinity, pemijak sisi elektrik, serta tempat duduk hadapan dengan fungsi urut dan pengudaraan. Aspek keselamatan turut diberi keutamaan melalui struktur badan kukuh dan enam beg udara.
Ia ditawarkan tiga pilihan warna luaran menarik:
- Crystal Gray
- Hamilton White
- Sun Black
Dalam pengumuman yang dinanti-nantikan, GWM Malaysia secara rasmi telah membuka tempahan awal untuk GWM TANK 500 HEV, dengan harga anggaran di bawah RM350,000. Ia boleh didapati secara eksklusif di 14 pengedar GWM terpilih di seluruh negara.
Galeri Gambar