PolicyStreet lancar kempen Battle of the Kings untuk pemilik Myvi, Bezza dan Axia

26

Tiga model kereta kegemaran rakyat Malaysia membabitkan Perodua Myvi, Bezza, dan Axia, kini berentap dalam kempen terbaru PolicyStreet: Battle of the Kings

Dalam pertempuran epik itu, kita akan cari model kereta yang paling ‘bijak berjimat’, sambil memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menikmati faedah hebat ketika memperbaharui insurans kereta dan cukai jalan mereka.

Bermula hari ini hingga 30 Jun, pemilik Myvi, Bezza dan Axia boleh menikmati cukai jalan Percuma dengan mendaftar Keahlian Drive+.

Ia kini ditawarkan pada harga promosi RM39.90 sahaja (harga asal: RM99.90). Setiap pembaharuan insurans kereta akan menyumbang satu markah kepada model kereta terbabit.

Di akhir kempen, model kereta dengan markah tertinggi akan dinobatkan sebagai King of Savings dan melayakkan model itu untuk jualan kilat eksklusif dengan cukai jalan percuma!

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PolicyStreet, Yen Ming Lee berkata pihaknya percaya keputusan kewangan yang bijak patut menjadi sesuatu yang menyeronokkan, berbaloi, dan mengujakan. 

Battle of the Kings bukan sekadar pertandingan biasa, malah ia adalah peluang untuk pemilik kereta di Malaysia berjimat sambil menunjukkan sokongan terhadap model kereta kegemaran mereka. 

“Kami tak sabar nak lihat pasukan mana yang akan naik takhta sebagai King of Savings!” Katanya.

Selain mendapat status ‘raja jimat’, pemilik Myvi, Bezza, atau Axia yang menyertai kempen itu turut dapat faedah tambahan seperti ansuran tanpa faedah untuk insurans kereta dan pengecualian caj pemprosesan cukai jalan apabila mendaftar sebagai ahli Drive+. 

Untuk pemilik kereta lain, keahlian berkenaan tetap berbaloi yang mana mereka bakal menikmati tawaran Cukai Jalan Paling Murah di Pasaran dengan diskaun sehingga 80 peratus atau terhad kepada RM72 serta manfaat eksklusif ketika pembaharuan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here