Utama Berita Automotif JPJ tidak kompromi banteras lumba haram

JPJ tidak kompromi banteras lumba haram

26
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak akan berkompromi dalam usaha membanteras kegiatan lumba haram khususnya melibatkan kumpulan mat rempit, kata Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli.
 
Beliau berkata JPJ sedia bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam melaksanakan operasi bersepadu bagi mengekang gejala berkenaan.
 
Gambar hiasan
“Bagi pihak JPJ, kita akan beri kerjasama jika perlu untuk mengadakan operasi bersepadu bersama PDRM. Ini kerana aktiviti yang sangat teratur dan besar ini memerlukan kerjasama dengan agensi.
 
“Sekiranya ada operasi bersepadu selepas ini, sama ada JPJ atau PDRM yang mengetuai, kita akan bersungguh-sungguh mengekang aktiviti ini,” katanya.
 

 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu video tular berdurasi dua minit yang memaparkan sekumpulan individu berlumba dan menghalang kenderaan di Temerloh.
 
Aedy Fadly berkata pihaknya menyerahkan kepada PDRM untuk melaksanakan siasatan penuh terhadap kes tersebut.
 
Beliau juga telah mengarahkan pasukannya supaya sentiasa bersedia jika diperlukan PDRM untuk membuat sebarang operasi bagi mengekang kegiatan lumba haram dan mat rempit itu.
 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here