MG Motor Malaysia previu MG S5

16

MG Motor Malaysia previu SUV segmen-C, MG S5 ke pasaran tempatan pada anggaran harga RM115,000.

Bakal bersaing dengan Proton e.MAS 7 dan BYD Atto 3, kereta elektrik (EV) itu memiliki panjang 4,476mm, lebar (1,849mm) dan tinggi (1,62mm) serta jarak roda 2,730mm.

Spesifikasinya pula, S5 dikuasakan motor tunggal di belakang dengan output 170PS dan tork 250Nm. Pecutan 0-100kmj dicapai dalam tempoh 8 saat.

Menggunakan bateri iron fosfat litium (LFP) 49kWh menawarkan jarak pemanduan 340km (WLTP).

Pengecasan pantas DC 120kW hanya mengambil masa 24 minit bagi isian bateri 10 hingga 80 peratus di samping pengecasan AC 6.6kW. 

Varian long range pula menawarkan jarak perjalanan lebih jauh 420km dengan bantuan  bateri LFP 62.2kWh. Pengecasan pantas DC 150kW hanya mengambil masa 25 minit bagi isian bateri 10-80 peratus. 

Ciri peralatan lain yang ditawarkan termasuklah suspensi belakang lima pautan independen, radius pusingan 4.99 meter, tork vectoring XDS, lampu depan LED, lampu nyala siang (DRL), rim 18-inci dan lampu belakang bentuk T.

Selain itu, dalam kabin didatangkan dengan skrin hiburan 12.8-inci, paparan instrumen 10.25-inci, pengecas Qi, ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto, bumbung panaroma, kamera 360 darjah, V2L 6kW dan pintu but berkuasa elektrik.

Simpanan barang di ruangan belakang adalah seluas 453 liter yang boleh ditingkatkan menjadi 1,441 liter sekiranya kerusi barisan kedua dilipat sepenuhnya.

MG S5 didatangkan lengkap dengan bantuan pemanduan seperti brek kecemasan autonomi, kawalan kruise adaptif dengan fungsi henti/mula, lane centring assist, pemantauan titik buta dengan elak perlanggaran, amaran trafik belakang, lampu tinggi automatik dan pengecaman papan tanda trafik. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here