Mforce Motoshow bakal dianjurkan tahun depan

12

Mforce Bike Holdings tidak akan menyertai Malaysia Autoshow (2025), ini kerana syarikat itu akan menganjurkan acara eksklusif Mforce Motoshow pada 2026 bagi menghargai pelanggan jenama tersebut.

Menurut kenyataan media, MForce menyatakan pengunduran tersebut susulan beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.

“Mforce mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian kepada perancangan jangka panjang dan memperkukuhkan lagi strategi pemasaran syarikat.

“Acara tahun depan akan menjadi platform pendedahan dan membina kepercayaan kepada semua pengunjung dengan mengadakan pelbagai pameran motosikal dan aktiviti yang menarik,” katanya.

Mforce bukan hanya bercadang untuk mempamerkan produk sedia ada di pasaran, tetapi turut melancarkan model-model baharu serta mempamerkan prototaip motosikal yang bakal dilancarkan dalam tempoh tiga tahun akan datang. 

Mforce Motoshow 2026 bakal menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti sesi tunggang uji, pertunjukan aksi (stunt show) serta ruang untuk para pengunjung menjalankan aktiviti perkhemahan.

Pada acara Malaysia Autoshow (2024), Mforce memperkenalkan 18 model baharu serta turut mempamerkan 80 model yang bakal berada di pasaran.

Ditubuhkan pada 2008, Mforce Bike Holdings telah berkembang menjadi salah satu pengedar motosikal terbesar di Pulau Pinang.

Berpegang kepada slogan Moving Forward, Mforce mewakili pelbagai jenama antarabangsa termasuk Benelli, Keeway, Morbidelli, Benda, QJMotor, SYM, Brixton, Moto Morini, Cyclone, Voge dan Yadea serta jenama tempatan sendiri, SM Sport dan WMOTO.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here