Honda Malaysia buka tempahan e:N1

26

Honda Malaysia membuka tempahan kenderaan elektrik bateri pertamanya (BEV), e:N1 yang bakal dilancarkan suku kedua tahun ini.

Honda e:N1 dilengkapi dengan platform e:N Architecture F yang menggunakan penggerak roda depan dan memiliki trenkuasa 3 dalam 1 iaitu pacuan kuasa, motor dan kotak gear.

Kemudian, ia digabungkan dengan bateri litium ion 68.8kWh yang menghasilkan kuasa 204PS dan tork 310Nm. Manakala jarak perjalanan dengan bateri penuh mampu mencapai 500km (NEDC).

Pecutan 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh 7.7 saat dengan kelajuan maksimum 160kmj. 

Ciri peralatan yang ditawarkan pada BEV pertama itu antaranya :

  • Rekaan luaran diserlahkan dengan lampu utama LED penuh bersama lampu belakang LED dengan rekaan lebih ‘slim’.
  • Fascia depan hadir tanpa gril dan digantikan dengan slot pengisian kuasa DC dan AC manakala indikator pengecasan diposisikan di atas gril bagi memudahkan pemantauan.
  • Rekaan rim 18-inci dua tona warna eksklusif buat Honda BEV.
  • SUV lima kerusi itu memiliki panjang 4,380mm, tinffi (1,592 mm) dan jarak roda (2,610mm) bersama jarak kelegaan tanah 135mm.
  • e:N1 memperkenalkan identiti BEV baharu dengan lencana ‘H’ berwarna putih mewakili elektrifikasi Honda.

Ciri keselamatan pula antaranya Blind Spot Information (BSI) dengan Cross Traffic dan fungsi keselamatan termaju lengkap di bawah Honda Sensing.

Tempahan boleh dilakukan menerusi laman web Honda Malaysia atau aplikasi Honda Touch dan Honda Malaysia telah melantik lapan wakil jualan sah untuk mengendalikan pertanyaan pelanggan secara khusus mengenai e:N1.

  • Wilayah Tengah : Accord Auto Sdn Bhd; HZN Cars Sdn Bhd; Peringgit Sri Motor Sdn Bhd & Tiong Nam Motor (M) Sdn Bhd
  • Wilayah Utara : Ban Hoe Seng Auto Sdn Bhd & Vivahill Auto Sdn Bhd 
  • Wilayah Selatan : Ban Lee Heng Motor Sdn Bhd & Kah Motor Co. Sdn Bhd (Tebrau) Johor

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here