Lawatan Presiden China: Antara protokol keselamatan dan kekecewaan pengguna jalan raya

87
Kredit Foto :FB Anwar Ibrahim

Ketibaan Presiden China, Xi Jinping semalam mencetuskan kemarahan pengguna jalan raya susulan melibatkan penutupan jalan raya.

Kunjungan yang seharusnya menjadi simbol hubungan baik antara kedua negara bertukar menjadi luahan kekesalan dan rungutan pengguna jalan raya yang membanjiri media sosial.

Penutupan jalan yang meluas di beberapa lokasi utama merupakan langkah keselamatan sempena ketibaan pemimpin negara itu.

Perkongsian mantan pegawai polis yang menggunakan akaun Facebook Mohd Ezairol Rezan Zainol menyatakan di dunia ada pemimpin negara yang dikategorikan sebagai sasaran berisiko tinggi.

Berdasarkan pengalaman beliau ketika lawatan Presiden Amerika ke Kuala Lumpur, golongan pemimpin ini menjadi sasaran pihak pengganas, pembunuh upahan dan juga pihak tertentu, biasanya perisik dari musuh negara mereka.
 
“Antara ‘Top List’ negara yang diletakkan dalam high risk ini adalah Amerika, China, Korea Utara dan Rusia (sekadar menyenaraikan empat nama),” katanya. 
 
Justeru itu, penutupan jalan raya membolehkan pihak berkuasa mengawal persekitaran dan meminimumkan risiko dengan memastikan hanya kenderaan dan individu yang dibenarkan berada di laluan tersebut.
 
Bagi menjamin keselamatan pemimpin berisiko tinggi ini adalah dengan mengawal trafik. Jelasnya perancangan keselamatan dilakukan dua atau tiga bulan lebih awal sebelum ketibaan pemimpin tersebut.
  • Kawalan trafik dengan memastikan laluan jalan berada dalam keadaan lancar dan selamat sepanjang pergerakan Presiden tersebut.
  • Beberapa unit sniper akan ditempatkan di beberapa lokasi yang sesuai untuk pantau keadaan sekeliling.
  • Anggota dan pegawai unit khas yang berpakaian preman akan mengawasi keadaan sekitar. Memantau individu yang nampak agak mencurigakan.
  • Pengawasan dari udara dengan menggunakan helikopter dan dron sepanjang pergerakan Presiden. Beberapa anggota sniper juga akan berada di dalam helikopter atas tujuan liputan keselamatan.
  • Menyediakan sebuah kereta kalis peluru khas untuk pergerakan sepanjang berada di dalam negara.
Kongsi beliau, ketika wakil Presiden Amerika tiba di Malaysia kenderaan rasmi ‘The Beast’ dikawal penuh dengan pegawai keselamatan ‘Men In Black’.
 
“Sebabnya kerana depa tak percaya dengan kawalan keselamatan yang kita berikan,” katanya. 
 
Tindakan penutupan jalan oleh pihak berkuasa adalah faktor keselamatan dan jelasnya orang ramai hanya melihat kesusahan yang dihadapi dalam masa yang singkat.
 
“Mereka tak nampak bala yang lebih besar dan lebih lama jika pihak keselamatan kita mengambil mudah berkenaan lawatan Presiden China kali ini.
 
“Perlu diingatkan, bukan China saja yang ada musuh, kita juga ada musuh yang menunggu peluang untuk memburuk dan memalukan kita.
 
“Masih ingat tak lagi kes rakyat Israel yang ditangkap kerana memiliki senjata beberapa bulan yang lalu? Siapa dalangnya? Apa motif dia?. Hanya pihak keselamatan kita sahaja yang tahu jawapannya,” ujarnya.
 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here