Pendapatan setahun kereta api laju Whoosh tak cukup bayar faedah hutang

8617

PT Kereta Cepat Indonesia China (KCIC) iaitu kereta api laju Whoosh, mendakwa merekodkan lonjakkan signifikan penumpang sepanjang cuti perayaan Aidilfitri yang lalu.

PT KCIC melaporkan lebih dari 310,000 penumpang menggunakan perkhidmatan mereka pulang ke kampung dan kembali ke kota.

Bagaimanapun, Pengarah Urusan Ekonomi Politik dan Kajian Polisi (PEPS), Anthony Budiawan tidak percaya jika KCIC sudah untung.

“Saya tidak percaya, tahun lalu saja, keadaannya tidak menggembirakan sama sekali. Masih berdarah-darah.

“Pembiayaan pelaburan projek kereta api laju yang awalnya disepakati USD 6.02 bilion ternyata meningkat (cost overrun) USD 1.2 bilion.

“Sehingga total pembiayaan pelaburan Kereta Cepat Jakarta Bandung itu mencapai USD7.22 bilion. Ini luar biasa (mahal),” ujarnya. 

HUTANG CAPAI IDR 81.2 TRILION

Pembiayaan pelaburan 75 peratus diperoleh secara pinjaman dari China Development Bank (CDB) yang mana hutang mencapai USD 5.415 bilion. Dengan jangkaan IDR16,000/dolar USD, hutang yang kini ditanggung setara IDR 81.2 trilion.

Tambah beliau, jumlah tersebut tidak termasuk faedah hutang yang dikenakan. 

Menurut kiraan Anthony, pelaburan awal sebesar USD 6.02 bilion dikenakan faedah sebanyak 2 peratus setiap tahun.

“Sedangkan hutang terkait limpahan kos dikenakan bunga 3.4 peratus per tahun. Sehingga total biaya bunga mencapai USD 120.9 juta atau hampir IDR 2 trilion per tahun.

“Pendapatan jualan tiket sangatlah menyedihkan. Misalnya tahun lalu 6.06 juta tiket terjual. Dengan harga tiket sekitar IDR250,000 (RM72.50), maka total pendapatan kasar Whoosh hanya IDR1.5 triliun.

“Itu belum dipotong  elektrik, operasi, penyelenggaraan dan lain-lainnya,” katanya. 

BIMBANG PERLU BERHUTANG LAGI TAMPUNG DEFISIT 

Pendapatan kereta api Whoosh yang minimum, bahkan lebih rendah dari pembiayaan faedah yang hampir IDR 2 trilion, membuatkan kewangan KCIC bakal terganggu defisit.

Dibimbangkan, bagi menampung defisit itu, KCIC perlu berhutang lagi dalam jumlah besar. 

“Keadaan ini sudah tentu sangat berbahaya. Ia tidak berkekalan, seperti skim ponzi. Sampai bila BUMN konsortium Indonesia boleh bertahan dengan ‘pendarahan’ ini,” ujarnya. 

Sementara itu, Pengurus Setiausaha Komunikasi Korporat PT KCIC, Eva Chairunisa berkata pada Hari Raya Aidilfitri yang lalu pihaknya merekodkan 310,000 penumpang.

“Selama hari cuti lebaran, rata-rata jumlah penumpang harian mencapai 21,000, bahkan pernah menyentuh angka lebih dari 23,000 orang.

“Peningkatan tertinggi pada 6 April, jumlah penumpang kereta api Whoosh mencatat rekod baru sebanyak 23,500 penumpang. Hari biasa, kereta api ini mengangkut penumpang rata-rata sebanyak 16,000 hingga 18,000  penumpang per hari,” katanya. 

Sebelumnya, PT KCIC menyiapkan 808,946 tempat duduk dengan sasaran 360,141 penumpang pada musim perayaan Aidilfitri yang lalu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here