Kelantan lancar perkhidmatan bas elektrik Julai ini

42
Gambar hiasan

Kelantan akan menjadi negeri pertama di Pantai Timur yang menggunakan bas elektrik bermula Julai ini, lapor Berita Harian.

Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Berhad, Che Ibrahim Che Ismail, berkata sebanyak lapan buah bas elektrik akan digunakan membabitkan kos RM11.2 juta.

Bas henti-henti berkenaan akan berkhidmat di empat laluan sekitar Kota Bharu.

Bas elektrik yang pertama di Pantai Timur akan dikendalikan Konsortium E-Mutiara dan tambang bas adalah sama dengan bas henti-henti yang lain.

“Insya-Allah kita jangka menerima bas berkenaan Julai ini dan terus beroperasi pada bulan berkenaan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri, hari ini.

Pada masa sama, Che Ibrahim berkata, pihaknya memerlukan 50 pemandu bas termasuk pemandu bas wanita bagi bas henti-henti yang dikenali sebagai Bas.My.

“Setakat ini kita mempunyai 40 pemandu bas lelaki dan kini memerlukan 50 pemandu lagi termasuk 20 pemandu wanita.

“Ini kerana jumlah bas henti-henti bertambah iaitu daripada 27 kepada 43 buah bas. Malah tujuan utama kita mahu pemandu bas wanita juga bagi memastikan operasi bas pada hari Jumaat tidak tergendala dan pemandu bas lelaki dapat menunaikan Solat Jumaat.

“Mereka yang berusia bawah 50 tahun boleh membuat permohonan untuk mengisi jawatan pemandu bas berkenaan,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here