Nikmati Penjimatan, Perjalanan Lebih Lancar dengan eCard BHPetrol

21

Program Kesetiaan BHPetrol eCard merupakan satu bentuk penyelesaian hujung jari yang dilancarkan oleh BHPetrol untuk rakyat Malaysia.

Hanya dengan mendaftar, anda akan terus layak untuk mengumpul mata ganjaran ePoints serta-merta.

Ahli eCard sedia ada boleh menikmati mata ganjaran terkumpul secara automatik jika mendaftar sebagai ahli aplikasi eCard.

Lebih penting, melalui eCard apps anda tidak lagi perlu membawa kad plastik yang dapat menebalkan dompet, selain tidak perlu menunggu masa yang lama untuk mendapatkan kad gantian sekiranya hilang atau tamat tempoh.

Bagaimana cara untuk menikmati ganjaran ePoints dengan BHPetrol eCard Mobile App? Mudah sahaja!

Pembayaran luar menggunakan kad kredit

1. Setelah pembayaran disahkan, masukkan sahaja ID eCard (4 digit terakhir nombor ID) pada terminal pembayaran luar sebelum memulakan pengisian.
2. Kumpulkan resit berserta kod QR yang dijana selepas pengisian
3. Buka eCard Mobile App dan lancarkan fungsi “Scan QR”
4. Imbas kod QR yang tercetak pada resit
5. Mata ganjaran ePoints akan dikreditkan


Pembayaran di kaunter

1. Buka aplikasi eCard pada peranti pintar
2. Tekan menu QR Code
3. Tunjukkan kod QR yang terjana kepada juruwang untuk imbasan
4. Mata ganjaran ePoints akan dikreditkan setelah pembelian selesai

Dengan aplikasi eCard Mobile, anda akan dapat menikmati 1 ePoint untuk setiap liter pembelian bahan api, di mana 950 ePoint yang terkumpul adalah bersamaan dengan RM10 yang boleh digunakan untuk membeli barangan atau menebus baucar istimewa. 

Atas permintaan ramai, pihak BHPetrol kini melanjutkan promosi 2X Mata Ganjaran sepanjang tahun 2025 untuk setiap pembelian Infiniti RON 95, Infiniti RON 97, Infiniti Diesel B10, dan Infiniti Diesel B7. 

Bermakna, anda berpeluang untuk menggandakan mata ganjaran ePoint sebanyak mungkin dengan setiap pembelian minyak di stesen BHPetrol. 

Selain manfaat di atas, anda juga boleh menyertai kempen dan peraduan tempoh terhad yang dianjurkan oleh BHPetrol, seperti contoh Peraduan Menang Bergaya dengan menawarkan hadiah bernilai sehingga RM200,000 yang berlangsung sekarang.

Bermula 1 Mac lalu hingga 30 April 2025, anda hanya perlu mengumpul mata ganjaran dengan eCard untuk peluang memenangi pelbagai hadiah yang lumayan.

Cara penyertaan adalah seperti berikut:
1. Buat pembelian bahan api atau barangan kedai bernilai minimum RM40 (tidak termasuk barangan tembakau, TnG, ePay, pembayaran utiliti dan perkhidmatan cuci kereta)
2. Leretkan eCard atau imbas kod QR menggunakan aplikasi eCard bagi setiap pembelian, dan pendaftaran akan disahkan secara automatik.
3. Bukan ahli eCard? Anda perlu mendaftar sebagai ahli eCard terlebih dahulu untuk layak menyertai peraduan ini.

Mudah bukan?

Selain Menang Bergaya, anda juga boleh mendapatkan BHPetrol Mystery eVoucher setiap hari Jumaat dengan hanya menebus 150 ePoints menerusi aplikasi eCard atau kad fizikal/OTS eCard di mana-mana stesen BHPetrol.

Caranya mudah sahaja:

1. Kunjungi mana-mana stesen BHPetrol yang mengambil bahagian setiap Jumaat.

2. Buka aplikasi eCard BHPetrol dan pergi ke bahagian ‘Tebus’

3. Di halaman ‘Stesen’, pilih ‘Mystery eVoucher Fridays’ dan klik ‘Tebus’

4. Tebus ganjaran anda!

Tawaran e-baucar misteri ini adalah terhad kepada 1,800 penebusan setiap Jumaat, berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Tidak cukup dengan itu, BHPetrol telah melancarkan promosi istimewa eVoucher bermula 1 April ini, di mana pelanggan boleh menebus 550 ePoints untuk mendapatkan e-Baucar bernilai RM6, dan 950 ePoints untuk e-Baucar RM11 untuk ahli eCard fizikal dan aplikasi BHPetrol.

Ternyata, aplikasi eCard BHPetrol dapat meningkatkan pengalaman kesetiaan dan memudahkan segala urusan – semuanya bermula di hujung jari anda.

Jangan lupa, muat turun aplikasi eCard BHPetrol di kedai aplikasi dalam talian Apple App Store dan Google Play, dan kumpul ePoints anda dengan segera!

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here