Stellantis Asia Pasifik labur RM24 juta produksi CKD Leapmotor di Gurun, Kedah

27

Stellantis dan Leapmotor memulakan pemasangan tempatan (CKD) kenderaan Leapmotor di Malaysia sebagai salah satu usaha elektrifikasi di rantau ini. 

Pemasangan CKD itu dijalankan di kilang Stellantis di Gurun, Kedah dengan nilai pelaburan awal sebanyak EUR 5 juta (RM24 juta). 

Leapmotor C10

Langkah strategik tersebut bakal menempatkan Malaysia di hadapan dalam aspek pengindustrian kenderaan elektrik (EV) di rantau ASEAN.

Pengarah Urusan Stellantis ASEAN, Isaac Yeo berkata pemasangan CKD akan bermula hujung tahun ini menerusi model Leapmotor C10

“Kilang Gurun menjadi asas penting kepada kewujudan aktiviti pengilangan Stellantis di rantau ini dan kami telah meningkatkan keupayaannya secara proaktif bagi menyokong pemasangan EV.

“Kami juga berbangga kerana Leapmotor akan menjadi EV pertama CKD yang dihasilkan di kilang ini. Ia menjadi satu langkah penting bukan sahaja untuk Stellantis, malah peranan Malaysia dalam landskap EV serantau,” katanya.

Tambah beliau, insiatif berkenaan juga selari dengan Polisi Automotif Negara (NAP 2030), serta menyokong cita-cita besar negara di bawah Kepengerusian ASEAN pada tahun 2025.

Pemilihan kilang Stellantis di Gurun, Kedah adalah kerana lokasinya yang strategik dan infrastruktur automotif yang matang serta status Gurun selaku hub automotif serantau membolehkan peningkatan produksi efisien dan pengedaran yang lancar ke pasara ASEAN. 

Selepas melakukan debut di Malaysia pada Oktober 2024 dan pelancaran di Thailand, Leapmotor merancang untuk mengukuhkan kehadirannya di rantau ini bagi memenuhi keperluan terhadap EV mampu milik dan berkualiti tinggi yang disokong oleh keupayaan pengedaran global Stellantis.




APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here