Honda N-Box (2025) diperkenal, perubahan kelengkapan, warna, harga mula RM54 ribu

6

Diperkenal pada Ogos 2023 kini tiba masa untuk kei-car paling popular di Jepun Honda N-Box dipertingkat.

Menurut Honda, N-Box diterima baik pelbagai kategori pelanggan kerana reka bentuk bermutu tinggi, pemanduan bertenaga, dan penjimatan bahan api yang cemerlang.

Selain itu, sistem bantuan pemanduan Honda SENSING dilengkapi sebagai ciri standard untuk semua varian.

Populariti N-Box meletakkannya sebagai kereta dengan jumlah jualan tertinggi pada tahun 2024.

N-Box juga berjaya mengekalkan kedudukan pertama dalam jualan segmen kenderaan ringan untuk tahun ke-10 berturut-turut.

N-Box yang dipertingkatkan akan mula dijual pada hari Jumaat, 18 April.

Perubahan yang dibuat tidak besar sebagai contoh lampu kabus LED dan riasan lampu kabus ditawarkan pada beberapa varian N-Box Custom.

N-Box Fashion Style lebih istimewa dengan pilihan warna dua tona yang mengabungkan warna badan bersama bumbung dan cermin sisi berwarna Premium Deep Mocha Pear.

N-Box Custom Coordination Style dilengkapi lampu kabus LED bersalut krom gelap dan riasan lampu kabus sebagai ciri asas untuk aura lebih mewah.

Untuk N-Box Custom Turbo, lampu kabus LED dan riasan krom kini ditawarkan sebagai pilihan daripada pengeluar.

N-BOX digerakkan dua pilihan enjin iaitu 660 cc tiga silinder i-VTEC biasa dan turbo. Enjin i-VTEC menjana 58 ps pada 7,300 rpm dan 65Nm pada 4,800 rpm

Versi turbo pula menghasilkan 64 ps pada 6,000 rpm dan tork 104 Nm pada 2,600 rpm.

Kedua-dua jenis enjin digandingkan dengan transmisi CVT, dan semua varian ditawarkan dalam pilihan pacuan 2WD (FF) atau 4WD.

Untuk pengguna yang memerlukan bantuan, N-Box versi Kebajikan (Welfare) dilengkapi tanjakan untuk memudahkan pengguna kerusi roda naik dan turun.

Semua varian dilengkapi winc elektrik yang boleh dilaras kelajuan dan arah dan memudahkan semasa penggunaan.

Tanjakan juga boleh disimpan rata, membolehkan ruang bagasi N-Box digunakan untuk kegunaan harian atau hobi.

Varian Honda N-Box 2025

  • N-Box
  • N-Box Fashion Style (Monotone)
  • N-Box Fashion Style (2 Tone)
  • N-Box Custom
  • N-Box Custom Coordination Style (Monotone)
  • N-Box Custom Coordination Style (2 Tone)
  • N-Box Custom Turbo
  • N-Box Custom Turbo Coordination Style (Monotone)
  • N-Box Custom Turbo Coordination Style (2 Tone)
  • N-Box Slope (Kebajikan)
  • N-Box Custom Slope (Kebajikan)

Varian asas N-Box 2WD ditawarkan pada harga 1,739,100 yen (RM53,981) dan 2,475,000 yen (RM76,823) untuk varian teratas Custom Turbo Coordination Style (2 Tone).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here