
Keadaan sebuah Perodua Myvi yang ‘tenang’ menelusuri jalan raya biarpun pintu kirinya remuk mendapat perhatian ramai.
Perkongsian di TikTok oleh @2882khoo memaparkan kereta berwarna merah itu seperti baru terlibat dengan kemalangan seolah-olah tiada masalah berlaku.
Rata-rata pengguna media sosial terhibur dengan aksi pemandu dan penumpang kereta itu yang santai memegang pintu sambil meneruskan perjalanan.
“Mungkin ada yang hairan kenapa tidak panggil penarik kereta kan? Mungkin pemikiran pemilik kereta selagi boleh gerak pegang pintu pun tiada hal,” kata @Iiman.
“Patutlah sejuk sahaja naik motor (motosikal) tadi, rupanya Myvi yang kongsi penghawa dingin,” balas @Kerolacollection.
“Tak dapat pintu Lamborghini pun tidak mengapa, yang penting ada Lambomyvi,” komen @Ey.Mal. –