SYM CLBCU: Sah masuk Malaysia, skuter yang jimat minyak, 60.9km/L!

9

Jika mahu sebuah skuter yang jimat minyak, tunggu sahaja apabila Mforce Bike Holdings akan membawa masuk jentera dua roda baharunya menerusi SYM CLBCU.

Skuter 125cc yang dibangunkan dengan ilham rekaan bionik dan sarat dengan teknologi terkini yang boleh ditunggang sejauh 60.9km/L. 

 

Nama “CLBCU” diambil daripada perkataan Itali “Colibrì”, burung kolibri yang terkenal dengan saiz kecil, pergerakan lincah dan bulu berwarna-warni. 

Inspirasi itu diterjemahkan sepenuhnya ke dalam CLBCU, menjadikannya lebih lancar menentang angin, lebih lincah untuk mencelah trafik bandar dan mudah dikawal penunggang dari pelbagai peringkat usia.

Ia menggunakan enjin 125cc yang dipadankan dengan teknologi EnMIS (Enhanced Multi-Ignition System) yang dibangunkan bersama KEIHIN. Teknologi itu membolehkan strategi nyalaan berbilang pencucuhan, sama ada secara seragam atau berasingan untuk mengoptimumkan kecekapan pembakaran.

Kelebihannya EnMIS:

  • Penjimatan bahan api cemerlang:
    • 60.9 km/L (ujian corak Taiwan)
    • 52.6 km/L (WNTC – World Motorcycle Test Cycle)
  • Penurunan suhu silinder dan pembakaran lebih sempurna
  • Kuasa enjin yang responsif dan lancar

Dengan tangki 6.5 liter, CLBCU mampu menjelajah lebih jauh tanpa perlu kerap mengisi minyak untuk kegunaan harian dan ulang alik ke tempat kerja.

Selain itu, ia mempunyai ruang simpanan bawah seat 22.5 liter boleh muat helmet dan barangan kecil, cermin sisi boleh laras melintang atau menegak dan tempat duduk rata diperbuat daripada material tahan calar dan lasak.

SYM CLBCU turut dilengkapi lampu LED penuh serta Meter LCD digital, selain mempunyai port pengecas pantas USB Quick Charge 3.0. Harganya, kami jangka bawah RM10K, tetapi MForce selalu buat kejutan dengan harga yang lebih murah!

GALERI GAMBAR

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here