Pelancong Malaysia sumber utama pendapatan kereta api Whoosh

1363

Tahukah anda, tanpa kehadiran pelancong dari Malaysia, perkhidmatan kereta api laju di Indonesia mungkin sukar untuk bertahan lebih lama?. 

Perkara itu adalah berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Kereta Cepat Indonesia China (KCIC) yang dikongsikan semula menerusi akaun Facebook ASEAN Culture & History.

Whoosh diperkenalkan sebagai salah satu medium pengangkutan yang menghubungkan antara Jakarta dan Bandung dan menjadi kebanggaan rakyat Indonesia pada ketika ini.

Namun hakikatnya, sejak beroperasi pada tahun 2000 dan jumlah penumpang asing mencecah ratusan ribu, majoritinya datang daripada pelancong Malaysia.

“Sejak Whoosh mula beroperasi, lebih 200,000 penumpang asing datang dari Malaysia. Ia menjadikan Malaysia sebagai negara sumber utama penumpang yang menggunakan Whoosh,” menurut kenyataan tersebut.

Perkara itu turut mengundang komen netizen yang mana ada yang menjangkakan syarikat kereta api itu bakal gulung tikar tanpa kehadiran pelancong Malaysia.

Seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini, perkhidmatan kereta api Whoosh berdepan masalah besar dengan kadar pendapatan tahunan tidak cukup untuk menampung faedah hutang yang agak tinggi.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here