
Kesan daripada tarif yang diperkenalkan oleh Presiden Donald Trump, sebuah pesawat Boeing yang sepatutnya digunakan oleh syarikat penerbangan China telah dipulangkan semula, lapor laman berita CNN.
Pesawat 737 MAX sepatutnya digunakan syarikat penerbangan Xiamen Airlines China itu mendarat di Lapangan Terbang Boeing Seattle pukul 6.11 petang (waktu tempatan) kelmarin.
Badan pesawat itu pula tertera logo syarikat penerbangan China, Xiamen Airlines.
Terdahulu, pesawat sama berhenti untuk mengisi bahan api di Guam dan Hawaii dalam perjalanan pulang sejauh 8,000 kilometer.
Ia merupakan salah sebuah daripada sejumlah 737 MAX yang menunggu di pusat penyiapan Boeing Zhoushan untuk kerja-kerja terakhir sebelum dihantar kepada syarikat penerbangan China.
Trump telah menaikkan tarif asas ke atas import China kepada 145 peratus.
Langkah itu susulan tindakan China mengenakan tarif 125 peratus ke atas barangan AS.
Akibatnya, syarikat penerbangan China yang menerima penghantaran pesawat Boeing 737 MAX berdepan harga yang sangat tinggi.
Sebuah pesawat 737 MAX yang baharu kini berharga sekitar AS$55 juta (RM242 juta), demikian menurut sebuah syarikat perundingan penerbangan.