Kisbee – jenama skuter baharu lahir daripada Peugeot Motocycles

16

Data daripada Persatuan Pengeluar Motosikal Eropah (ACEM) mendedahkan lebih 1.5 juta skuter dan moped didaftarkan untuk pasaran tersebut sepanjang tahun 2023.

Kebanyakannya terdiri daripada model bersesaran bawah 125 cc, menunjukkan motosikal bersesaran kecil masih lagi merupakan pengangkutan penting di sana.

Untuk itu, Peugeot Motocycles merancang untuk menguasai segmen tersebut dengan melancarkan jenama baharu yang digelar sebagai Kisbee.

Kisbee menggunakan pendekatan yang menarik dalam hal penjenamaan semula model-model motosikal mereka.

Anda boleh dapatkan model S, M, L, serta XL seperti sedang memilih saiz t-shirt di kedai baju pilihan dan ia sebenarnya merujuk kepada saiz motosikal yang anda inginkan.

Terdapat juga model elektrik SE bagi mereka yang sudah tidak mahu menziarahi stesen minyak dengan kerap.

Harga juga memainkan peranan penting.

Di Eropah, Kisbee S dijual pada harga bermula €1,899 (RM9,504), diikuti versi sporti €2,099 (RM10,505) dan model M 125 cc berharga €2,599 (RM13,008).  Sementara model SE pula berharga €2,999 (RM15,010).

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here