Utama Berita Automotif Tesla tangguh pengeluaran EV mampu milik

Tesla tangguh pengeluaran EV mampu milik

14

Tesla sebelum ini sudah berjanji untuk menawarkan model kereta elektrik mampu milik yang bakal muncul pada awal tahun ini.

Namun dalam laporan terbaharu oleh Reuters, perancangan itu bakal ditangguhkan sekali lagi “untuk tempoh beberapa bulan”. 

EV dengan kod nama E41 itu dilapor akan mula diproduksikan pada suku ketiga tahun ini.

Tesla telah menjanjikan sebuah EV  yang lebih mampu milik sejak bertahun-tahun lamanya.

Kelewatan perancangan tersebut boleh memberikan kesan buruk, apatah lagi pada ketika ini syarikat itu mengalami penurunan angka jualan buat pertama kali pada tahun lepas.

Malah, prestasi jualan juga merudum 13 peratus untuk tempoh suku pertama tahun 2025.

Menurut Reuters, EV Tesla yang lebih murah itu memiliki saiz dan dimensi yang lebih kecil berbanding Tesla Model Y dengan kos produksi 20 peratus lebih murah.

Jadi, untuk tempoh beberapa bulan ini pembeli boleh mendapatkan Tesla Model 3 Long Range AWD sebagai EV Tesla yang paling murah dalam pasaran.

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here