Penunggang motosikal maut dirempuh lori selepas terjatuh

60

Seorang lelaki berusia 52 tahun maut dirempuh lori selepas terjatuh dari motosikal ditunggang di KM41, Jalan Johor Bahru – Air Hitam arah Johor Bahru, semalam.

Dalam nahas jam 11 pagi, mangsa dipercayai hilang kawalan motosikal ditunggang sebelum terjatuh di hadapan sebuah lori yang datang dari arah sama.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata siasatan awal mendapati pemandu lori tidak sempat mengelak atau membrek sebelum melanggar penunggang tersebut.

“Mangsa parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Ahmad Safuan Abu Naim di talian 017-7573507.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here