
Suzuki Malaysia rasmi memperkenalkan Suzuki SV650 baharu menerusi slogan ‘Spirit of Samurai’, pada harga RM29,900.
Naked bike itu didatangkan dengan pilihan warna badan baharu Pearl Vigor Blue / Metallic Mat Black No.2 (CGJ) dan Pearl Mat Shadow Green / Metallic Mat Black No.2 (C2L) di samping Metallic Mat Black No.2 (YKV).
Antara ciri peralatan yang ditawarkan termasuklah :
- Bantuan RPM rendah Suzuki yang membantu mengekalkan ‘engine idle’ ketika mula bergerak mahupun tunggangan kelajuan rendah.
- Suzuki Easy Start System pula membolehkan operasi menghidupkan enjin dengan mudah menerusi satu sentuhan.
- Reka bentuk badan yang slim dengan berat badan ringan (198kg) serta tinggi pelana 785mm menawarkan pengendalian lincah.
Selain itu, Suzuki SV650 didatangkan dengan panel instrumen LCD penuh, lampu belakang dan signal LED, Sistem Brek Anti Kunci (ABS) serta brek berkembar depan dan cakera tunggal di belakang dan rim bersaiz 17-inci.
Dari segi dimensi, SV650 memiliki panjang 2,140mm, tinggi (1,090mm), lebar (760mm) dan jarak roda 1,445mm serta jarak kelegaan tanah 135mm.