Impian 10 tahun musnah, kereta Ferrari idaman terbakar sejam selepas dibeli

11

Seorang produser muzik Jepun, Honkon berusia 33 tahun berputih mata apabila supercar idaman yang baru sahaja dibeli hangus terbakar di Lebuhraya Shuto, Tokyo, lapor akhbar Kosmo.

Menurut laporan, supercar jenis Ferrari 458 Spyder itu berharga 43 juta yen (RM1.3 juta) terbakar kira-kira sejam selepas dihantar kepada pemiliknya.

“Saya rasa saya satu-satunya orang di Jepun yang mengalami masalah seperti ini,” kata  Honkon di platform X.

Menurut Honkon, dia sedang memandu kereta itu apabila mula menyedari asap putih keluar.

Dia pada mulanya menyangka asap itu keluar daripada kereta di sebelahnya.

Namun, dia akhirnya menyedari bahawa keretanya mula terbakar dan menghubungi pihak berkuasa.

Api berjaya dipadamkan kira-kira 20 minit kemudian tetapi Ferrari itu hampir rentung.

Lelaki itu menyimpan wang selama 10 tahun untuk membeli sebuah Ferrari 458 Spyder, namun kesal kereta idamannya terbakar ketika memandunya buat kali pertama.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here