
SAIC-Audi rasmi memperkenalkan model pengeluaran pertama, Audi E5 Sportback pada acara Pameran Auto Shanghai (2025).
Ini menandakan satu peristiwa penting bagi jenama AUDI baharu, yang mewakili kerjasama antara SAIC dan Audi khusus untuk pasaran China.
Lencana AUDI baharu yang ditulis dalam huruf besar tanpa empat cincin ikonik mewakili penjenamaan semula namun masih mengekalkan DNA syarikat.
Jenama eksklusif China ini bertujuan menggabungkan kejuruteraan Audi dengan inovasi yang disesuaikan khusus untuk pengguna China.
PLATFORM TERMAJU
E5 Sportback dibina di atas Advanced Digitised Platform (ADP) yang dibangunkan bersama. Ia direka untuk pasaran China menggunakan seni bina elektronik zon yang inovatif.
Platform ini membolehkan generasi akan datang berhubung dengan fungsi kenderaan dan kemas kini over the air (OTA) untuk semua sistem kenderaan.
Dimensi kenderaan memiliki panjang 4,870mm, lebar (1,990mm) dan tinggi (1,460mm) dengan jarak roda 2,950mm. Reka bentuknya yang anggun dan sporty menampilkan siluet fastback tersendiri yang dinamik.
SPESIFIKASI PRESTASI
- Output kuasa 579kW (776 hp)
- Jarak perbatuan 770km (CLTC)
- Pecutan 0-100kmj : 3.4 saat
- Empat tren kuasa elektrik dengan pemanduan pacuan belakang atau pacuan quattro (AWD)
- Seni bina 800-volt membolehkan pengecasan ultra pantas (370km dalam tempoh 10 minit)
- Kapasiti bateri 100kWh bagi spesifikasi tertinggi
ELEMEN REKAAN
Reka bentuk luaran berani E5 Sportback menafsirkan semula isyarat penggayaan tradisional Audi. Daripada logo empat cincin biasa, kenderaan itu memaparkan perkataan ‘AUDI’ di depan dan belakang.
Susunan lampu LED bulat di depan menampilkan rekaan tersendiri dan menggabungkan sensor LiDAR yang dipasang di atas bumbung untuk keupayaan bantuan pemandu termaju.
Bahagian kabin didatangkan dengan skrin paparan bersambung yang luas merentangi sebahagian besar papan pemuka. Kemudian, ia dilengkapi dengan kemasan elemen kayu menyerlahkan aura mewah.
Selain itu, ciri peralatan dalam kabin yang didatangkan pada fastback itu adalah :
- Sistem operasi Audi dikuasakan set cip automotif Qualcomm Snapdragon 8295
- Paparan skrin yang boleh dikustom 4K bersaiz 27-inci ‘tiang ke tiang’
- Bantuan maya AI dengan sentuhan dan kawalan suara
- Sistem Bantuan Pemandu Audi 360 berasaskan LiDAR
- Stereng pacuan semua roda dengan suspensi udara adaptif
AUDI E5 Sportback dijadualkan memasuki pasaran China pada musim panas tahun ini dan dua lagi model elektrik yang bakal lancar pada 2026 dan 2027.