Northport, pelabuhan pertama guna flit Proton e.MAS 7

6

Dalam usaha sama ke arah mobiliti lestari dan operasi yang lebih cekap, PRO-NET menyerahkan tiga unit Proton e.MAS 7 untuk kegunaan pasukan polis bantuan kepada Northport (Malaysia) Bhd. 

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata penyerahan itu menandakan Northport sebagai syarikat dan pengendali pelabuhan pertama negara yang menggunakan e.MAS 7 dalam pengurusan kenderaan syarikat.

“Sekaligus mengukuhkan komitmennya dalam usaha ESG korporat dan penyelesaian pengangkutan lestari.

“Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Northport, sebuah organisasi yang menjadi contoh dalam mengamalkan kelestarian,” katanya.   

Proton e.MAS 7 memperkukuh Inisiatif Pelabuhan Hijau yang mencerminkan usaha berterusan Northport untuk menjadikan operasinya lebih mesra alam.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Northport, Fakhrul Azhar Tajudin, pemanduan senyap e.MAS 7 menjadikan pengalaman rondaan lebih selesa malah membantu mengurangkan
keletihan anggota bertugas, terutamanya ketika syif panjang.

“Operasi yang lebih senyap turut membantu mengurangkan pencemaran bunyi di sekitar kawasan pelabuhan. Dengan keupayaan pengecasan pantas, kenderaan ini sentiasa bersedia untuk digunakan pada bila-bila masa,” ujarnya. 

Kereta elektrik (EV) nasional pertama itu didatangkan dengan dua varian iaitu Prime yang menggunakan kapasiti bateri 49.52kWh dengan jarak perbatuan 345km (WLTP) manakala versi Premium memiliki bateri lebih besar iaitu 60.22kWh dengan jarak pemanduan sejauh 470km (WLTP).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here