Honda NSX kini bertugas sebagai kereta peronda polis Jepun

15

Pasukan polis Jepun kini mempunyai ‘senjata’ baharu untuk bakal membuatkan geng-geng lumba Civic kecut perut.

Menurut laporan daripada laman penerbitan Jepun Chunichi, pasukan polis Wilayah Mie menerima sumbangan berbentuk sebuah Honda NSX daripada seorang hartanah berusia 43 tahun, iaitu Toshiya Kobayashi.

Honda NSX itu diserahkan secara rasmi dalam satu acara yang berlangsung di Litar Suzuka, lengkap dengan acara buka tirai dan persembahan muzik.

Sama seperti mana-mana kereta peronda polis Jepun, Honda NSX ini diberikan kemasan dua tona hitam dan putih, dan bar lampu mata arah di atas bumbung.

Difahamkan, supercar itu dianggarkan bernilai 25 juta yen dengan segala macam ubah suai untuk menjadikannnya sebuah kereta peronda sebenar.

Ini bukanlah kali pertama polis Jepun menggunakan supercar dan kereta sports di dalam armada kereta peronda mereka.

Pasukan polis Jepun mempunyai beberapa kereta polis pantas yang terdiri daripada Nissan GT-R (termasuk Skyline GT-R), Nissan 350Z, Mazda RX-7, Subaru WRX, Lexus LC500, dan tidak ketinggalan Honda NSX generasi pertama.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here