Utama Berita Automotif Keuntungan Tesla turun 71 peratus sepanjang tempoh tiga bulan pertama 2025

Keuntungan Tesla turun 71 peratus sepanjang tempoh tiga bulan pertama 2025

7

Untuk tempoh tiga bulan pertama tahun ini, prestasi jualan Tesla merudum di mana keuntungan syarikat itu jatuh 71 peratus seperti yang dilaporkan oleh laman berita ABC News.

Laporan pendapatan syarikat itu memperlihatkan prestasi yang tidak memenuhi jangkaan penganalisis-penganalisis industri.

Penurunan itu sejajar dengan kemerosotan jualan dan masalah saham syarikat tersebut.

Ia juga berlaku di tengah-tengah bantahan seluruh dunia terhadap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Elon Musk berhubung peranan beliau dalam pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Jumlah perolehan Tesla menurun sembilan peratus berbanding tahun sebelumnya, menjadi AS$19.3 bilion (RM85 bilion).

Perolehan daripada penjualan kereta pula menjunam 20 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas, demikian menurut laporan kewangan.

Butiran kewangan baharu didedahkan ketika beberapa pemegang saham meminta Musk untuk berundur daripada peranannya sebagai penasihat Trump di White House dan kembali sepenuh masa menerajui Tesla.

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here