Utama Berita Automotif Tiga kali dicuri, PBT ganti plat besi jejantas pejalan kaki dengan papan

Tiga kali dicuri, PBT ganti plat besi jejantas pejalan kaki dengan papan

18

Plat besi jejantas pejalan kaki di Kampung Bandan, Jakarta Utara dilaporkan hilang sebanyak tiga kali.

Menurut laporan Kompas, pemilik gerai makanan di bawah jejantas itu, Holiso berkongsi tangga besi berkenaan telah hilang sebanyak tiga kali dan kejadian terakhir berlaku pada 14 April lalu.

Jelasnya, dia mengesyaki pencuri melakukan kerja tersebut pada awal pagi. 

“Keadaan jejantas Kampung Bandan masih selamat dan tidak berlubang pada petang hingga malam hari, ketika warung saya ramai pembeli. 

“Kalau jam 2.00 hingga 3.00 pagi warung saya sudah sepi, mungkin mereka beraksi sekitar jam itu,” jelasnya.

Susulan kejadian itu, salah satu anak tangga jejantas berkenaan berlubang dan menyukarkan pengguna.

“Lubang besar sangat, sekarang ditutup papan. Mungkin kerana terlalu sering ganti, jadi pakai begitu (papan) sekarang,” ungkapnya.

Susulan kejadian berulang itu, Wali Kota Jakarta Barat, Uus Kuswanto meminta penduduk sekitar mengawasi keselamatan kemudahan awam, termasuk jejantas pejalan kaki.

“Seperti yang dikatakan Pak Wagub (Rano Karno) bahawa tanggungjawab terhadap keselamatan kemudahan awam bukan hanya tanggungjawab pemerintah, tetapi masyarakat juga diminta untuk mengawasinya,” kata Uus seperti dilansir Antara, Rabu

Sebelumnya, Timbalan Gabenor Jakarta, Rano Karno mempertimbangkan pemasangan CCTV di jejantas pejalan kaki tersebut bagi menghindari kecurian besi seperti di Jalan Daan Mogot, Jakarta Barat yang kesnya berulang.

“Kami akan pasang CCTV. Mungkin tahun depan,” katanya.

Rano berkata, Pemerintah Wilayah Jakarta akan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di 30,000 lokasi termasuk di taman dengan bajet IDR 380 bilion. 

 

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here